December 23, 2009

Minggu Kedua-Hidup dengan memberi


Suda dua minggu aku berada di sini. Apa yang aku sudah dapat adalah ilmu, penat, dan sahabat. Jika semester lepas aku dihantar untuk belajar, sekarang aku sudah ada persatuan yang perlu aku pimpini. Jika dahulu aku maen game, sekarang aku sibuk dengan kertas kerja yang perlu disiapkan. Jika dahulu aku hanya kenal budak tahun satu, sekarang tahun 3 tahun 2 smue felo suda aku kenali. Kalo dahulu kenal muke, sekarang kenal name. Kalo dahulu berpaling muka, sekarang suda bertentang mata. Kalo dulunya diam seribu bahasa, sekarang suda bertegur sapa.

Tapi apa yang dikesali sikapku tetap sukar untuk diubah. Apabila masuk kelas je beberapa minit mesti terlelap. Nak kate tido lambat xjugak, paling lambat setakat ni semalam aa aku tido lambat. Tu pun sebb kelas stat kol 10. Tertontonlah pula cter komedi Korea. hmm, Nak wat cane, da pengubat ngantuk hanyelah tido, tu je y mampu aku laksanakan. Bile malam lak, asik pi meting jee. X ngan MT ngan jabatan aku. Semalam lak meting ngan pakguard. Smpaikan kertas kerja xsiap nk dihantar kepada penasihat. Sepatutnya hanta semalam tapi apekan daya. Kene pi gak. Siap xsiap maybe malam ni kot aku submit.

Tapi tadi pagi aku terasa lak aura kerajinan. Hanya mengambil beberapa minit untuk menelaah buku kt PSZ. Sesuatu yang aku ingin terapkan dalam diri. Sebab Nabi Muhammad pernah bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad". Tidak semestiinya berpandukan teks, ilmu boleh dicari dengan hanya mendengar, bak kata Pn. Anie, "To be good in English the most important criteria is listening and reading. So we can talk and write very well". So due2 ni penting yee. Kalo mata tuu da malas sagt, suh jee telinge mendengar ape y kawan bace. InsyaAllah otak kita akan menyimpannye ke permament storage.

Buku yang aku cari adalah mengenai Dasar Ekonomi Baru. Nape aku cari buku ni ek?? hmm. Mestila nk wat folio Hubungan Etnik haha. eh silap, assignment sebenarnya. ehe.
Nape pilih tajuk ni?? Sebab ade orang da bagi aku nota HE sem lepas punye, aku bukak tegk bnyak pasl DEB, then wat jela DEB. Just nk edit sket ngan tambah ngan ayat sendrik. Selain itu, isu DEB ini adalah untuk menyedarkan kita tentang perlunya Melayu ini keluar dari kepompong kemalasan yang teramat sangat sehingga kita tertinggal jauh kebelakang. Bukan dengan kita hanya menaip dan mengutuk tentang sesuatu perkara, tp kite perlulah sentiasa mencari pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi sendiri oleh kaum Melayu sendiri. Aku sendiri seperti itu, jadilah ambil iktibar tentang apa yang kita sendri xpuas ati dengan melaksanakannya.

Aku sebelom melanjutkan pelajaran diploma, aku ada sertai kursus ESQ, di mana ia memupuk semangat jati diri dalam jiwa manusia supaya sentiasa mengingati siapa diri kita, dan sentiasa kita ingat bahwa Allah sentiasa ada. Selain itu, ia ada mengajar tentang kepimpinan diri. Ia sedikit sebanyak dapt membantu aku membaiki kehidupan aku yang dahulu malas banyak, sekarang malas sket. Yang dahulunya pentol, sekarang suda masuk air. Walaupun air hanyalah sejenis cecair namun ia mampu mengubah dirinya ke bentuk yang diingini. Walaupun air kelihatan lemah, namun apabila ia bersatu, ia mampu melenyapkan sebuah kota. Air juga mampu menembusi batu yang kerasnya tidak mampu ditembusi oleh manusia sendiri. Air jugalah punca pendapatan semua makhluk, sesungguhnya dari airlah wujudnya hidupan. Tanpa air siapalah haiwan, tanpa air siapalah makanan, tanpa air siapalah tanah, tanpa air siapala dahaga. Dengan air, ia mampu menghilangkan api kemarahan, dengan air mampu menghilangkan kotoran, dengan air lahirnya hidupan, dengan air maka wujudlah alam, kerna air itu memberi. Air umpama kehidupan kita. So hiduplah dengan memberi.

-amaddahulunyapentolsekarangsudamasukair-

December 21, 2009

Akhirnya !!

Alhamdulillah,, ingat gak password tok blog aku ni. Arituh nk sign in asik kene 'tendang' jee. So skang dapat aa post blog agy kt sini, hehe, Itu jela tok rini. Solat Asar jap. ehee,