November 27, 2011

Kematian Menjemput Tidak Kenal Siapa

Hari ini dikejutkan dengan kematian pemain dan jurulatih pasukan Wales, Gary Speed, yang mati pada umur 42 tahun. Walaupun dia tidak Muslim, namun boleh jadi iktibar melalui kisah ini.

Berita mnegejut ini menjadi tergempar apabila dia mati di rumahnya di Chester. Antara yang mengucap takziah adalah rakannya Robbie Savage yang pernah bermain bersama satu ketika dahulu:
 "The world has lost a great man in Gary speed I'm devastated spoke to him yesterday morning why ! Why. Why !! I'll miss him so much x
"He come to watch strictly 3/4 weeks ago I high fived him in the front row he loved the show ,he loved life he loved his family ! Devastated."
Ramainya juga memberi ucapan takziah. Rata-rata pemain bola sepak terkejut dengan berita kematian ini. Bagi kita umat Islam, bahawa kematian itu tidak kenal erti pangkat, umur, dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui tentang tarikh kematian seseorang.

Sehubungan dengan itu, marilah kita mengambil iktibar tentang mati ini supaya kita sentiasa bersedia menghadapi mati. Adakah cukup amalan kita untuk dibawa ke langit bertemu Allah? Semua itu akan ditanya oleh Allah kelak. Wallahualam.


Ibrah: Hidup Umpama Bola

Baru usai menonton bola sepak antara Malaysia dan Bahrain. Pelbagai reaksi dan komen terhadap Harimau Muda. Ada kritikan dan cemuhan. Ada juga bersimpati atas kecederaan yang dialami.

Hidup kita juga umpama bola sepak. KEJAYAAN merupakan VISI kita. GOL merupakan MATLAMAT kita. Untuk mencapai KEJAYAAN perlu mencari GOL kemenangan. Tanpa GOL apalah erti KEJAYAAN.

Dalam mencari GOL perlu ada STRATEGI. Dan STRATEGI merupakan MISI kita. Cara untuk kita mencari MATLAMAT untuk menghasilkan KEJAYAAN. Melalui STRATEGI akan menentukan MATLAMAT sama ada tercapai atau tidak untuk menghasilkan KEJAYAAN.

Permainan Malaysia tampak begitu berkualiti pada malam tadi. Dek kerana berjaya menghasilkan gol awal dan mampu bertahan sehingga minit ke-80 cukup membanggakan selaku warganegara Malaysia. Walaupun kalah di saat-saat akhir dek kerana 5 minit, masa yang cukup menyenggama minda menjadikan Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain. Harimau Malaya tumpas kepada Helang Gurun tempang di saat lewat permainan.

Melalui peristiwa ini, apa yang dapat kita ambil iktibar, Malaysia mampu bertahan 2 gol sehingga minit ke-80 dan Bahrain pula mampu bangkit hanya 5 minit untuk menjaringkan 3 gol walaupun agak tempang kerana bermain 10 pemain!

Oleh kerana itu, kita perlu merangka satu STRATEGI yang baik dan mantap kerana dengan STRATEGI yang direka mampu untuk melaksanakan MATLAMAT yang dirancang supaya kita berjaya mendapat KEJAYAAN yang hakiki.

Dalam masa 5 minit, KEJAYAAN yang ditunggu oleh Malaysia lenyap gara-gara kelalaian pemain Malaysia mempertahankan MATLAMAT yang telah dicapai. Mereka dibalas 3 gol yang menjadi MATLAMAT yang sama dikongsi oleh pemain Bahrain menjadikan Malaysia pulang dengan KEKECEWAAN.

Walau apapun, KEJAYAAN Malaysia dalam mencapai MATLAMAT telah berjaya. Melalui STRATEGI awalan, mereka berjaya. Mungkin STRATEGI di lewat permainan harus dititik beratkan selepas ini. Kerana setiap STRATEGI perlu diperbaiki supaya ia menjadi iktibar kepada kita untuk mecapai KEJAYAAN.

Dengan ini, rangka STRATEGI untuk mencapai MATLAMAT amat penting. Walau sekelip mata MATLAMAT itu akan hilang puncanya untuk kita menggarap KEJAYAAN. Maka saya sedang menyusun STRATEGI untuk saya lebih menjaga pengurusan masa. Kerana ia menjadi elemen penting dalam konteks dakwah. Dengan STRATEGI ini diharap mampu mencapai MATLAMAT iaitu cemerlang di dunia dan akhirat iaitu KEJAYAAN Akhirat yang abadi dan hakiki.

Post Facebook Terkumpul #1

Assalamualaikum.
   Sempena Maal Hijrah sudah wujud hobi baru. Nak kumpul post-post yang menarik. Seperti nama blog Yang Terbaek mestilah hanya yang terbaik dan bermanfaat. ^^

Untuk post kali ini berminat dengan membaca satu post dari sahabat FB:
"Bila rakan rakan tengok wayang, jejalan ke mall, berdampingan dengan kekasih hati masing masing, kita terperap di bilik study, baca buku buku ilmiah, ada rasa cemburu tak?
Melihat rakan rakan kaya dengan masa terluang, menonton movie bermain game, mengadap facebook, dan kita miskin dengan masa lapang akibat program program,
Ada rasa cemburu tak?
Mengapa perlu cemburu dengan karat karat jahiliyah dan maksiat orang lain?
"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,
mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran(jahiliyah) setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka"."

Why to  be cemburu? Pernah gak kadang-kadang rasa jeles. Jeles kerana mereka menggunakan masa mereka dengan baik sekali sehingga. Tapi saya tak cemburu orang pergi tengok wayang. Sebab saya pernah rasa how money flow like river and my pocket be slim. Like Slim River gitu.

So seperti yang kita dah pernah baca semua tu adalah karat-karat jahiliyah. Jangan rasa nak cemburu-cemburu sangat. Manis berukhwah dengan menjalankan kerja dakwah lebih manis terasa. Walaupun kadang-kadang diri terasa malas dek perangai lama. Masa Untuk Berubah. Hijrahlah!

Andai kita tidak menyibukkan diri dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan ke'lagha'an atau kemaksiatan. Kita yang pilih :)

November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433: Perbaiki Iman dan Amal

1 Muharram tiba. 1433H menjelma. Apakah sudah mencapai objektif dan visi kita pada tahun yang lepas? Apakah misi kita berjaya untuk menggarap visi?

Bagiku ia adalah sekadar retorik, di mana hanya sekadar angan-angan dan omongon kosong sahaja jika kita tidak melaksanakan apa yang kita rancang. Bukan bermakna mahu menolak takdir, tapi sekadar renungan supaya tahun ini lebih baik dari tahun lepas, bulan ini lebih baik dari bulan lepas, hari ini lebih baik dari semalam.

PERANCANGAN YANG TELITI
Ingin sekali merasai kemanisan dalam kita merancang. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Oleh itu berdoa dan bertawakallah sentiasa kepada Allah kerana apa yang kita telah lakukan berbalik padaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

VISI DAN MISI
Visi ku pada tahun yang lepas adalah untuk menjadikan hidupku lebih teratur. Penjagaan masa dengan baik, aturan kerja yang mantap, pengurusan hidup yang teratur adalah menjadi visiku yang lepas kerana ia menjadi kesan dalam kehidupan. Bak kata pepatah arab,
"Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita"
Di dalam Al-Quran turut dinyatakan tentang masa, Allah berfirman,
Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.(Surah Al-'Asr: ayat 1-3)
Oleh itu amatlah rugi jika kita tidak merancang masa dengan baik. Kerana masa Allah jadikan bukan untuk berpatah balik, tetapi adalah untuk digunakan dengan sebaiknya. Bertanya Imam Al-Ghazali bahawa apakah yang jauh dalam diri kita dalam dunia?  Yang paling jauh dari kita adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

JIHAD FI SABILILLAH
Jihad kerana Allah menjadi misi dan visi ku dalam tahun ini. Walaupun ia telah bermula sewaktu akhiran semester 2 namun ia tidak terlaksana dengan baik. Pelbagai faktor menjadi titik tolak kepada misi kali ini. Faktor kawan, faktor persekitaran, faktor diri, dan sebagainya, semuanya menjadi antara punca kepada hijrah kali ini.

Alhamdulillah. Kiranya aku sudah menemui beberapa rakan yang mampu aku untuk menjalankan jihad ini. Pemilihan rakan-rakan dalam barisan menjadi sahabat-sahabatku amatlah aku titik beratkan. Kerana faktor rakan antara punca untuk seseorang mengubah diri mereka sendiri.  Pesanan Rasulullah dalam memilih sahabat, seperti yang ditegaskan dalam hadis riwayat Muslim,
“Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tidak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, adakalanya kita akan dipalit minyak wangi, atau kita beli daripadanya, atau setidak-tidaknya dapat mencium harumannya. Jika berkawan dengan peniup api, adakalanya pakaian kita boleh terbakar atau setidak-tidaknya pasti tercium bau busuk.”

Faktor persekitaran banyak mengajar aku dalam menghadapi mehnah dan tribulasi untuk sentiasa istiqomah dalam perjuangan ini. Ini merupakan ujian yang mana aku melihat masyarakat semakin buntu. Carca marba dalam segenap kehidupan. Bukan sekadar mereka malah aku sendiri keliru. Umpama tiada penawar jika kita tidak berusaha mencarinya. Biarpun mencegah lebih baik dari mengubati, tetapi penyakit ini sudah lama dipendam dan sudah tidak mampu untuk dicegahnya. Berharap mempunyai penawar untuk diubati.

Islam mengajar kita menjaga akhlak. Rasulullah SAW mengajar umatnya dengan akhlak dan dengan senang hatinya kebanyakkan kaumnya menerima ajaran Islam. Rasulullah tidak membawa Islam, tetapi membawa akhlak pekerti yang mulia sehingga menjadi antara orang pertama dalam senarai TOP 100 Famous People in the World.

Apa yang boleh kita ambil iktibar adalah dengan menjaga akhlak sudah mampu untuk kita menjaga agama Islam ini. Kebanyakkan orang Barat yang memeluk Islam memeluk agama Islam tidak melihat kepada orang Islam, namun melihat setiap apa yang telah diajar kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ini telah menunjukkan bahawa contoh Rasulullah adalah yang terbaik. Jika dilihat kepada akhlak umat Islam kini, sudah tentu mereka tidak akan memeluk Islam.

Dengan menjadikan akhlak baginda Rasulullah SAW sebagai contoh, akan menjadikan Islam lebih indah. Ini yang diajar Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Sempena Tahun Baru Maal Hijrah 1433H, dengan ini aku akan mengubah diriku supaya mentaati perintah Allah dan meninggal larangannya sejajar dengan firman Allah:

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."                [Surah Al-Hadid, 57:16]

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.”
[Surah At-Taubah : 41 ]

bahan bacaan:
1) http://mahatera.blogspot.com/2011/04/jauhilah-maksiat.html
2) http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/2011/10/jauhilah-maksiat-saat-sendirian.html

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

September 6, 2011

Sepuluh Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


Bacalah — Renungilah — Kemudian —Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

August 25, 2011

Ramadan Kareem


Akan kurindui Ramadan kali ini. Walaupun banyak khilaf dalam melaksanakan ibadat yang jarang dipertemukan Allah kepadaku ingin sekali ku tebus masa lampau. Andai Ramadan ini Ramadan terakhir bagiku, maka ampunkan aku Ya Allah. Ameen!

Semoga dipertemukan daku dengan malam Qadr. Ameen!

Temmasya '11

Berakhir sudah Gerak Kerja Temmasya '11 2.0. Gerak kerja yang penuh dengan suka dan duka, di samping cuti semester yang terpaksa dikorbankan. Namun dengan semangat yang kental dari setiap krew diharap dapat terlaksana program kolej yang julung kali diadakan pada setiap tahun. Tanpa kita siapalah lagi yang perlu dipikul tanggungjawab ini.

Seramai 2000 mahasiswa dan hampir 15 ribu penduduk sekitar ingin kami kongsi bersama kehangatan program hari terbuka kediaman Siswa Jaya. Pelbagai aktiviti menarik cuba kami anjurkan untuk menjalin erat hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.

Terwujudnya TEMMASYA '11 atas nama Terjalin Erat Mahasiswa dan MASYArakat. No 11 merujuk kepada tahun 2011 yang mana program sebelum ini iaitu TEMMASYA 10 telah berlangsung pada 2010.

Antara acara yang menarik seperti gerai & jualan, pameran, aktiviti sukan, pertandingan memasak, pertandingan kanak-kanak, dan banyak lagi aktiviti menarik yang akan diadakan

Marilah bersama-sama kami dalam memeriahkan program hari terbuka bersama mahasiswa dan masyarakat dalam menjalin hubungan yang erat di samping menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan mahasiswa dan sebaliknya dalam pembangunan sahsiah, ketrampilan dan sebagainya.

Salam Perpisahan dan Semoga berjumpa lagi.

April 20, 2011

Program Sambil Belajar ke Turki



Persediaan 3 minggu lagi dari sekarang (17 April 2011):

1. Passport:

Perlu dapatkan passport drp abah ketika balik Muar pada 7 Mei 2011.

2. Tiket – print atau simpan nombor tiket

3. Ubat-ubatan (demam/selsema/batuk/panadol/ubat gatal/ubat telinga/minyak angin)

4. Pakaian – sweater dan cukup untuk 3 atau 4 hari unt lelaki, 5 hari unt. Perempuan.

5. Survineer kpd Tuan rumah : Kain pelekat dan kain batik.

6. Kompas, plug international, traveler pot.

7. Jam tangan

8. Hand set : Emak & abah ada roaming. Farhana, Wani dan Luqman bawa handset masing-masing untuk jadi camera.

a. Faiz bawa abah punya handset waktu pergi.

9. Makanan:

a. Maggie

b. Roti

c. Chicken floss + mentega

d. Brahim

e. Vono

f. Serunding Daging

10. Duit tukar ke USD3,000

a. Farhana, Faiz, Wani akan tkar ke USD RM200 ~ USD50 atau lebih sikit

b. Bawa dlm tangan USD 100

11. Penggunaan wang:

a. Transport (lawatan di sekitar Istanbul & Ankara) ~ USD1,000

b. Makan (8 hari x USD60) ~ USD600

c. Survineer + shopping + perbelanjaan tambahan ~ USD1,000

Bertolak:

Sabtu (7 Mei 2011) : Bertolak dari JB ke Muar jam 9.00 pg – 11.00 pg. Bawa semua barang travel.

Muar – Melaka 12.00 tgh

Tidur di Muar.

Dari KL Ikut Pak Andak. Dan balik Muar pada 7 Mei 2011

Ahad (8 Mei 2011) : Bertolak dari Muar ke KLIA jam 3.00 ptg. Dijangka sampai jam 5.00 ptg.

Semua turun dan check-in barang. Hanya emak dan abah bawa kereta ke rumah Mak Teh.

Mak Teh akan bawa emak dan abah ke airport. Faiz dan Wani akan balik ke rumah mak Teh.

Isnin (9 Mei 2011) Bertolak ke Istanbul jam 12.05 pagi.

Solat suboh dalam flight.

Faiz dan Wani akan bertolak pada 10 Mei 2011 (Selasa).

Selasa (10 Mei 2011) : Pak cik Othman akan datang ambil Faiz & Wani di Kolej jam 8.00 mlm terus ke KLIA.

Check-in barang dan masuk ke gate International dan solat Isyak.

(Rabu) 11 Mei 2011 Faiz dan Wani bertolak ke Istanbul jam 12.05 pagi

Cara solat dalam kapal terbang:

1. Ambil wudu’ secara minimum dlm bilik air.

2. Duduk seperti biasa dan solat seperti org sakit ketika duduk.

Waktu Solat Istanbul bulan April:

Suboh: 3.46 am

Syuru’: 5.24 am

Zuhr: 12.04 noon

Asr: 3.48 pm

Maghrib: 6.44 pm

Isya’:8.24 pm

Waktu Solat Ankara bulan April:

Suboh: 3.33 am

Syuru’: 5.10 am

Zuhr: 11.58 noon

Asr: 3.30 pm

Maghrib: 6.27 pm

Isya’:8.05 pm

Sampai di Istanbul:

Rombongan Abah jam 6.15 pagi pada 9 Mei 2011. Ferhan akan ambil di airport terus ke rumahnya.

9 May (Monday) - arrive Istanbul (after taking rest if you want you can visit Camlica Hill)

10 May (Tuesday) - visit around Istanbul (Topkapı,Sultanahmet,Haiga Sophia, Yerebatan Sarnıcı)

11 May (Wednesday) – ambil Faiz & Wani di airport dan visit Ferhan at the organisation and Taksim Square

12 May (Thursday) - visit around Istanbul(Beyazıt Mosque, Kapalı Çarşı, Mahmutpaşa(for shopping))

13 May (Friday) - visit Istanbul ( Eyüp Sultan Mosque(solat Jumaat), Fatih Mosque)

14 May (Saturday) - going to Ankara

10 pagi di train station

2.30 ptg sampai Eskisehir

4.30 ptg bertolak ke Ankara

6.30 ptg sampai Ankara

** Solat dlm perjalanan

15 May (Sunday) - visit Ankara

16 May (Monday) - visit Summeye at the organisation in the morning

17 May (Tuesday) - return to Istanbul (Bosphorus)

18 May (Wednesday) - return back to Malaysia