November 27, 2011

Post Facebook Terkumpul #1

Assalamualaikum.
   Sempena Maal Hijrah sudah wujud hobi baru. Nak kumpul post-post yang menarik. Seperti nama blog Yang Terbaek mestilah hanya yang terbaik dan bermanfaat. ^^

Untuk post kali ini berminat dengan membaca satu post dari sahabat FB:
"Bila rakan rakan tengok wayang, jejalan ke mall, berdampingan dengan kekasih hati masing masing, kita terperap di bilik study, baca buku buku ilmiah, ada rasa cemburu tak?
Melihat rakan rakan kaya dengan masa terluang, menonton movie bermain game, mengadap facebook, dan kita miskin dengan masa lapang akibat program program,
Ada rasa cemburu tak?
Mengapa perlu cemburu dengan karat karat jahiliyah dan maksiat orang lain?
"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:
Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya,
mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran(jahiliyah) setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka"."

Why to  be cemburu? Pernah gak kadang-kadang rasa jeles. Jeles kerana mereka menggunakan masa mereka dengan baik sekali sehingga. Tapi saya tak cemburu orang pergi tengok wayang. Sebab saya pernah rasa how money flow like river and my pocket be slim. Like Slim River gitu.

So seperti yang kita dah pernah baca semua tu adalah karat-karat jahiliyah. Jangan rasa nak cemburu-cemburu sangat. Manis berukhwah dengan menjalankan kerja dakwah lebih manis terasa. Walaupun kadang-kadang diri terasa malas dek perangai lama. Masa Untuk Berubah. Hijrahlah!

Andai kita tidak menyibukkan diri dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan ke'lagha'an atau kemaksiatan. Kita yang pilih :)

No comments:

Post a Comment