November 27, 2011

Ibrah: Hidup Umpama Bola

Baru usai menonton bola sepak antara Malaysia dan Bahrain. Pelbagai reaksi dan komen terhadap Harimau Muda. Ada kritikan dan cemuhan. Ada juga bersimpati atas kecederaan yang dialami.

Hidup kita juga umpama bola sepak. KEJAYAAN merupakan VISI kita. GOL merupakan MATLAMAT kita. Untuk mencapai KEJAYAAN perlu mencari GOL kemenangan. Tanpa GOL apalah erti KEJAYAAN.

Dalam mencari GOL perlu ada STRATEGI. Dan STRATEGI merupakan MISI kita. Cara untuk kita mencari MATLAMAT untuk menghasilkan KEJAYAAN. Melalui STRATEGI akan menentukan MATLAMAT sama ada tercapai atau tidak untuk menghasilkan KEJAYAAN.

Permainan Malaysia tampak begitu berkualiti pada malam tadi. Dek kerana berjaya menghasilkan gol awal dan mampu bertahan sehingga minit ke-80 cukup membanggakan selaku warganegara Malaysia. Walaupun kalah di saat-saat akhir dek kerana 5 minit, masa yang cukup menyenggama minda menjadikan Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain. Harimau Malaya tumpas kepada Helang Gurun tempang di saat lewat permainan.

Melalui peristiwa ini, apa yang dapat kita ambil iktibar, Malaysia mampu bertahan 2 gol sehingga minit ke-80 dan Bahrain pula mampu bangkit hanya 5 minit untuk menjaringkan 3 gol walaupun agak tempang kerana bermain 10 pemain!

Oleh kerana itu, kita perlu merangka satu STRATEGI yang baik dan mantap kerana dengan STRATEGI yang direka mampu untuk melaksanakan MATLAMAT yang dirancang supaya kita berjaya mendapat KEJAYAAN yang hakiki.

Dalam masa 5 minit, KEJAYAAN yang ditunggu oleh Malaysia lenyap gara-gara kelalaian pemain Malaysia mempertahankan MATLAMAT yang telah dicapai. Mereka dibalas 3 gol yang menjadi MATLAMAT yang sama dikongsi oleh pemain Bahrain menjadikan Malaysia pulang dengan KEKECEWAAN.

Walau apapun, KEJAYAAN Malaysia dalam mencapai MATLAMAT telah berjaya. Melalui STRATEGI awalan, mereka berjaya. Mungkin STRATEGI di lewat permainan harus dititik beratkan selepas ini. Kerana setiap STRATEGI perlu diperbaiki supaya ia menjadi iktibar kepada kita untuk mecapai KEJAYAAN.

Dengan ini, rangka STRATEGI untuk mencapai MATLAMAT amat penting. Walau sekelip mata MATLAMAT itu akan hilang puncanya untuk kita menggarap KEJAYAAN. Maka saya sedang menyusun STRATEGI untuk saya lebih menjaga pengurusan masa. Kerana ia menjadi elemen penting dalam konteks dakwah. Dengan STRATEGI ini diharap mampu mencapai MATLAMAT iaitu cemerlang di dunia dan akhirat iaitu KEJAYAAN Akhirat yang abadi dan hakiki.

No comments:

Post a Comment