August 25, 2011

Ramadan Kareem


Akan kurindui Ramadan kali ini. Walaupun banyak khilaf dalam melaksanakan ibadat yang jarang dipertemukan Allah kepadaku ingin sekali ku tebus masa lampau. Andai Ramadan ini Ramadan terakhir bagiku, maka ampunkan aku Ya Allah. Ameen!

Semoga dipertemukan daku dengan malam Qadr. Ameen!

Temmasya '11

Berakhir sudah Gerak Kerja Temmasya '11 2.0. Gerak kerja yang penuh dengan suka dan duka, di samping cuti semester yang terpaksa dikorbankan. Namun dengan semangat yang kental dari setiap krew diharap dapat terlaksana program kolej yang julung kali diadakan pada setiap tahun. Tanpa kita siapalah lagi yang perlu dipikul tanggungjawab ini.

Seramai 2000 mahasiswa dan hampir 15 ribu penduduk sekitar ingin kami kongsi bersama kehangatan program hari terbuka kediaman Siswa Jaya. Pelbagai aktiviti menarik cuba kami anjurkan untuk menjalin erat hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.

Terwujudnya TEMMASYA '11 atas nama Terjalin Erat Mahasiswa dan MASYArakat. No 11 merujuk kepada tahun 2011 yang mana program sebelum ini iaitu TEMMASYA 10 telah berlangsung pada 2010.

Antara acara yang menarik seperti gerai & jualan, pameran, aktiviti sukan, pertandingan memasak, pertandingan kanak-kanak, dan banyak lagi aktiviti menarik yang akan diadakan

Marilah bersama-sama kami dalam memeriahkan program hari terbuka bersama mahasiswa dan masyarakat dalam menjalin hubungan yang erat di samping menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan mahasiswa dan sebaliknya dalam pembangunan sahsiah, ketrampilan dan sebagainya.

Salam Perpisahan dan Semoga berjumpa lagi.