November 24, 2010

NOSTALGIA NITE” KOLEJ SISWA JAYA MERIAH


Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya telah menganjurkan Malam Penganugerahan dengan tema “Nostalgia Nite” dan padanan warna hitam putih, sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan yang telah dicurahkan oleh ahli-ahli jawatankuasa sepanjang tahun 2010. Nostalgia Nite” telah diadakan pada 29 Oktober 2010, jam 9.00 malam bertempat di Pearl International Hotel. Dengan dorongan semangat dari Pengetua/Felo dan Staf KSJ ditambah dengan kepimpinan ahli-ahli jawatankuasa yang berkaliber, “Nostalgia Nite” telah memberi memori yang paling berharga buat semua warga kerja program-program anjuran JKM.

Malam tersebut telah dimeriahkan dengan undangan khas ‘Master of Ceremony’ iaitu Cik Norshafiza bt Iskandar Azizan (Feeya) yang dibawa khas dari ERA.FM serta dihiburkan pula dengan kemunculan penyanyi yang tidak asing lagi, Hazwan Haziq b Rosebi (Haziq-AF6). Beliau telah mendendangkan beberapa buah lagu yang sangat sesuai dengan mood dan suasana pada malam itu. Tidak lupa juga penampilan khas dari bonda tercinta, mantan Ketua Bahagian Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM International Campus, Puan Siti Salamah binti Haji Shihab yang telah mendedangkan lagu Di Bawah Telapak Kaki Ibu. Suara lunak beliau begitu mengasyikkan dikala para jemputan sedang enak menjamu selera.Bagi menghargai sumbangan ahli-ahli jawatankuasa, beberapa anugerah telah diberikan mengikut kategori-kategori tertentu: Anugerah Taming Sari yang merupakan Anugerah Tertinggi juga Anugerah Hang Tuah iaitu Kepimpinan Lelaki dan Anugerah Jabatan Blok Kediaman telah dirangkul oleh Saudara Fairuz Alhafiz bin Jajuli. Seterusnya, Saudara Muhammad Safuwan b Mohamad Sani telah menerima Anugerah Seri Menanti iaitu Tokoh Harapan dan Anugerah Tun Fatimah dianugerahkan kepada Nur Syhuhada bt Abdul Ghani. Bagi menghargai aktiviti paling menyerlah sepanjang tahun 2010 pula, TEMMASYA’10 telah memenangi Anugerah Puncak Alam.

Selainnya, Anugerah Khas Presiden iaitu Anugerah Cahaya Suria telah diberi kepada Mohamad Shahril bin Zaabar dan Anugerah Seri Kayangan untuk Majlis Tertinggi kepada Iylia binti Suhimi. Penerima bagi Anugerah seterusnya ialah Muhammad Idham Bin Mahdi-Anugerah Jabatan Akademik dan Pengantarabangsaan; Muhammad Hazwan bin Mahzuf-Anugerah Jabatan Kerohanian dan Sosial; Ahmad Faiz bin Abdul Hamid-Anugerah Jabatan Sukan dan Kebudayaan; Wan Muhammad Irfan bin Wan Ramzan-Anugerah Jabatan Multimedia & Seranta dan Muhammad Ashraf bin Ayub-Anugerah Jabatan Keusahawanan. Tidak lupa juga Anugerah Sutera Emas diberi kepada Felo paling sporting, YM Puan Raja Aida bt Raja Shaharuddin dan Anugerah Permata Sakti diberi kepada staf paling sporting, Saudara Afiq Azmi, Prince of the Night, saudara Muhammad Idham Bin Mahdi dan Princess of the Night, Naja’a Amalina binti Ilias

Kemuncak kepada malam penganugerahan ialah penyampaian Anugerah Khas untuk Pengetua KSJ, En Noh Muhamad Adlan Bin Mohd Noh juga acara simbolik memotong kek. Detik terakhir sebelum majlis bersurai, En. Noh sempat mendedangkan sebuah lagu kegemaran beliau dengan iringan Puan Siti Salamah. Mereka telah mendapat tepukan gemuruh oleh seluruh warga dewan. Majlis bersurai pada jam 11 malam. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja “Nostalgia Nite.

sumber:(http://news.kl.utm.my/buletin/index.php?option=com_content&view=article&id=829:nostalgia-nite-kolej-siswa-jaya-meriah&catid=55:program-ehwal-pelajar&Itemid=149)

No comments:

Post a Comment